Nazreena bte Abdul kader
Blk 173 Jalan Kayu
#08-128
Singapura 310173
20 Julai 2009
Menemui sahabat yang diingati selalu
saudara muhammad Izzul Syahmi Bin Zulkifli
Dengan selamatnya
Saudara
Apa khabar sudara di sana? Saya berharap saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang menyenangkan. Saya di sini sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menerangkan tentang usaha – usaha yang dilakukan oleh rakyat Singapura dalam kempen untuk menyelamatkan bumi daripada pembinasaan alam.
Di Singapura , kami telah mengadah kan “earth day ” ataupun hari bumi pada tahun ini di bulan April yang lalu. Pada hari itu, ada beberapa kuasan di Singapura yang ditutup bekalan tenaga elektrik mereka slama 1 jam. Rakyat Sinagpura digalakkan untuk menutup lampu di rumah mereka selama 1 jam juga. Dengan membuat demikian kita dapat menjimat tenaga elektrik.
Keluarga saya juga berusaha untuk membantu menyelematkan bumi dengan mengitar semula beg plastik , tin minuman , surat khabar dan sebagainya. Kami juga berusaha untuk menjimatkan penggunaan bekalan air. Contohnya , kami menggunakan air yang kita gunakan untuk mencuci baju untuk menyiram pokok bunga. Ini tidak hanya membantu kita menjimat bekalan air tapi juga menjimatkan wang kita dari membayar bil air yang mahal.
Saudara, nampaknya mata pena saya akan bernokta di sini. Semoga kita bertemu lagi di warkah mendatang salam hormat dan kasih mesra daripada saya dan keluarga
yang ikhlas,
Nazreena