Sewaktu aku kecil ibu menyusuiku dan menjagaku. Ibu menjagaku penuh dengan ketabahan dan kasih sayang. Pengorbanannya dan kesakitannya semasa melahirkanku tidak boleh terbalas. Apabila aku membesar, ibu dan bapaku terpaksa berkerja banting tulang untuk membayar yuran bulanan sekolah saya.
Ibuku adalah orang yang sangat berjasa untukku.Dia telah tabah menjagaku dan menyayangiku. Dia selalu memaafkanku walaupun aku membuat suatu kesalahan yang besar. Dia selalu menyokongku dan ingin yang terbaik untukku. Dia selalu siap membantuku dan mendengar segala isi hatiku.
Ibuku telah banyak berkorban untukku. Dia sanggup berbuat apa saja asalkan keluarga kita bahagia. Dia itu orang ang paling rapat denganku. Semasa ku masih bayi, dia akan memujukku bila ku menangis, menyusuiku apabila aku lapar dan haus dan menjagaku siang dan malam dengan ikhlas.