Sartiniwewe’s Weblog

February 8, 2010

Karya Klasik Melayu (Si Tanggang)

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 1:48 am

Ini adalah salah satu adegan dari filem karya klasik  melayu  “si Tanggang”.Si Tanggang ialah seorang anak yang menderhaka kepada ibunya sendiri dan melupakan jasa ibunya.Di adegan ini , si Tanggang tidak  ingin mengakui ibunya yang miskin kerana dia ingin kaya. Bahkan, dia memukul ibunya dan berlaku kejam kepadanya.Ibunya merasakan bahawa tindakan anaknya itu sudah keterlaluan lalu menyumpah anaknya menjadi seekor burung. Anaknya menyesal lalu meminta maaf  kepada ibunya kerana takut disumpah namun ibunya tetap keraskan hatinya lalu si Tanggang berubah menjadi seekor burung. Karya kelasik melayu mempunyai banyak cerita-cerita seperti ini.Cerita cerita seperti ini selalunya membawa makna.Cerita ini boleh mendidik anak anak supaya tidak  derhaka dengan ibu mereka. Seorang anak yang menderhakai ibunya memang patut dihukum seperti si tanggang.Ibu ialah seorang yang paling berjasa kepada kita oleh itu kita harus menghormati dan menyangi ibu kita  .

September 4, 2009

Wira dalam Pertarungan Tuah Jebat

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 3:48 am

Erti wira adalah pahlawan.

 

Pada pendapat saya Hang Jebat ialah wira dalam pertarungan ini kerana dia seorang sahajalah yang mengikut keadilan sementara orang lain hanya mengikut dan taat kepada sultan walaupun apa yang disuruhnya itu salah. Hang Jebat telah membunuh banyak orang kerana dia berasa emosi dan dia ingin sekali membalas dendam kepada sultan kerana telah membunuh sahabat karibnya yang sudah dianggap seperti saudaranya justeru itulah  bukan dia yang salah dalam pertarungan itu

August 14, 2009

Tak kenal maka tak cinta

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 3:56 am

Salah satu binatang yang hampir pupus ialah ikan paus biru ataupun lebih dikenali sebagai”Balaenoptera Musculus”. Ia mempunyai  suara yang paling nyaring.Ia juga Mendapat gelaran haiwan yang paling besar di bumi. Saiz ikan paus biru jantan sebesar 25 meter Dan ikan paus betina sebesar 27 meter.

 

Hanya kurang daripada 5,000 ikan paus biru yang tinggal di dunia ini sekarang. Industri ikan paus mula memburu untuk ikan paus selepas tahun 1900.Pada tahun 6o-an,Telah banyak ikan paus biru yang telah dibunuh dan sebanyak 360,000 ikan paus biru yang telah dibawah oleh kumpulan-kumpulan pemburu  ikan paus.Walaupun  memburu ikan paus telah dilarang sekarang , jumlah ikan paus yang tersisa di dunia ini masih sedikit.

 

Ikan- ikan paus ini layak untuk dilindungi. Binatang – binatang in amat berharga. Kita tidak patut untuk memburu binatang ini kerana mereka jugak berhak untuk hidup. Jika orang – orang masih terus memburu ikan paus ini , ia akan pupus.

July 20, 2009

Surat kiriman tidak rasmi

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 5:49 am

Nazreena bte Abdul kader

Blk 173  Jalan Kayu

#08-128

Singapura 310173

 

20 Julai 2009

 

Menemui sahabat yang diingati selalu

saudara muhammad Izzul Syahmi Bin Zulkifli

Dengan selamatnya

 

Saudara

Apa khabar sudara di sana?  Saya berharap saudari dan keluarga berada dalam keadaan  yang menyenangkan. Saya di sini sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menerangkan tentang usaha – usaha yang dilakukan oleh rakyat Singapura dalam kempen untuk menyelamatkan bumi daripada pembinasaan alam.

Di Singapura , kami telah mengadah kan “earth day ” ataupun hari bumi pada tahun ini di bulan April yang lalu. Pada hari itu, ada beberapa kuasan di Singapura yang ditutup bekalan tenaga elektrik mereka slama  1 jam. Rakyat Sinagpura digalakkan  untuk menutup lampu di rumah mereka selama 1 jam juga. Dengan membuat demikian kita dapat menjimat tenaga elektrik.

Keluarga saya juga berusaha untuk membantu menyelematkan bumi dengan mengitar semula beg plastik , tin minuman , surat khabar dan sebagainya. Kami juga berusaha untuk menjimatkan penggunaan bekalan air. Contohnya , kami menggunakan air yang kita gunakan untuk mencuci baju untuk menyiram pokok bunga. Ini tidak hanya membantu kita menjimat bekalan air tapi juga menjimatkan wang kita dari membayar bil air yang mahal.

 

Saudara, nampaknya mata pena saya akan bernokta di sini. Semoga kita bertemu lagi di warkah mendatang salam hormat dan kasih mesra daripada saya dan keluarga

 

yang ikhlas,

Nazreena

June 15, 2009

Soalan 2 -masalah sosial remaja

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 6:14 am

Masalah sosial remaja seperti lari rumah, bertatu dand hamil luar nikah kini semakin menjadi- jadi. Namun , apakah punca dan sebabnya ini semua berlaku?

Antara sebab – sebab remaja berbuat demikian ialah kerana mereka mempunyai masalh dengan keluarga. Mungkin ibubapa mereka tidak memberikan kasih sayang yang cukup kepada mereka dan tidak mengambil berat tentang mereka.Ia sangat penting sekali bagi ibu bapa untuk memberi anak mereka kasih sayang yang cukup dan mengambil berat tentang kelakuan anaknya. Sikap anak mereka harus diperhatikan agar anak mereka tidak akan mengambil jalan yang salah. Ibu bapa juga harus mendidik akhlak anak mereka.

Selain masalah dari ibubapa mereka , remaja – remaja kini boleh dipengaruhi oleh kawan – kawan mereka sendiri. Jika mereka berkawan dengan orang yang jahat , maka lama- kelamaan mereka akan terpengaruh dengan sikap kawannya. Oleh it , memilih kawan yang baik juga amat penting.

Kemiskinan juga boleh mendorong remaja untuk membuat jenayah seperti mencuri dan memecah masuk rumah. Ada juga remaja yang sanggup mencuri wang ibu bapa mereka sendiri.

Untuk mengekang masalah ini , ibu bapa lah yang sepatutnya bertindak. Mereka harus meluahkan masa  dengan anak – anak mereka , memberikan kasih sayang yang cukup dan juga mengambil berat tentang anak mereka. Ibu bapa harus sentiasa melihat tingkah laku anak mereka dan harus sentiasa menasihati anak mereka untuk  menjauhi diri dari melakukan perkara yang tidak benar.

May 5, 2009

Jasa ibu

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 12:46 am

Sewaktu aku kecil ibu menyusuiku dan menjagaku. Ibu menjagaku penuh dengan ketabahan dan kasih sayang. Pengorbanannya dan kesakitannya semasa melahirkanku tidak boleh terbalas. Apabila aku membesar, ibu dan bapaku terpaksa berkerja banting tulang untuk membayar yuran bulanan sekolah saya.

Ibuku adalah orang yang sangat berjasa untukku.Dia telah tabah menjagaku dan menyayangiku. Dia selalu memaafkanku walaupun aku membuat suatu kesalahan yang besar. Dia selalu menyokongku dan ingin yang terbaik untukku. Dia selalu siap membantuku dan mendengar segala isi hatiku.

Ibuku telah banyak berkorban untukku. Dia sanggup berbuat apa saja asalkan keluarga kita bahagia. Dia itu orang ang paling rapat denganku. Semasa ku masih bayi, dia akan memujukku bila ku menangis, menyusuiku apabila aku lapar dan haus dan menjagaku siang dan malam dengan ikhlas.

March 3, 2009

Jam 12 Malam

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 12:46 am

aku mencampakkan beberapa ketul air batu kedalam gelas lalu menuangkan air sirap. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh diikuti dengan hujan yang lebat sekali. Jam sudah menunjukkan genam jam 12 malam .” Ring.. Ring..”telefon rumahku tuba-tiba berering. aku pergi ke ruang tamu untuk menjawab panggilan. Namun, tidak ada orang yang bicara, aku cuma terdengar bunyi guruh yang kuat sekali dari gagang telefon. Tiba-tiba  aku terasa bahawa ada seseorang yang berdiri di belakangku. bulu romaku tiba-tiba berdiri. Aku pelahan- lahan memandang kebelakang…..

February 17, 2009

Peluasan ayat

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 1:03 am

Lif berhenti secara mendadak. Jantungku berdegup dengan cepat secra tiba tiba. Aku segera memicit butang butang yang ada tetapi tiada kesan. Aku kepanasan didalam lif. Aku semakin panik. Nafasku terasa lebih sesak. Aku berteriak untuk meminta tolong, tetapi tiada sesiapa yang mendengari aku. Air mata membasahi pipiku. Aku boleh merasakan tanganku menggigil ketakutan. Tiba tiba aku terase ada seseorang yang memegang bahuku. Hatiku berasa lemah sekali secara tiba tiba. Mataku menjeling ke belakang bahuku..

February 3, 2009

melbourne shuffle

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 1:04 am

Melbourne shuffle ini berasal dari australia.Dahulu ia lebih dikenal sebagai shuffle ataupun stomping.Melbourne shuffle sering diiringi dengan lagu “techno”atau pon “trance”.Gerak utamanya ialah dengan mengerakkan tumit dan jari kaki.Tarian shuffle bermula dari lewat 80an hingga awal 90an.Banyak penari shuffle menaburkan bedak dalkum di lantai, cecair atau pita pelakat dikasut mereka supaya ia agak mudah bagi mereka untuk meluncur.Tarian shuffle ini mulah menjadi terkenal pada tahun 2006 apabila penari penari shuffle menghantar video mereka ke lelaman lain di internet. Penari shuffle memakai seluar yang bernama “phat”.Penari shuffle memakai seluar ini untuk menunjukkan kebanggaan mereka menjadi penari shuffle.

sekarang tarian shuffle terenal seluruh dunia.Anda tidak perlu ke melbourne untuk menyertai shuffle kerana sekarang banyak negeri telah mengadakan aduan aduan shuffle dan ia tidak berkira umur.

January 20, 2009

surat kepada kawan

Filed under: Uncategorized — Sartinnie(: @ 12:49 am

saudara,

Saya telah menerima warkah yang saudara kirimkan kepada saya. Saya turut prihatin dengan masalah saudara. Namun, ia bukan permasalaan yang sukar.

Pada pendapat saya, saudara harus memilih aktiviti kokurikulum yang sesuai dengan cita rasa saudara dan saudara harus mampu menjalani aktiviti kokurikulum itu. Memilih kokurikulum yang sesuai dengan kemampuan saudara ialah sangat penting.

Jika pelajaran saudara terganggu kerana Saudara sering melungsuri internet, saya sarankan saudara membagi masa saudara belajar dari melungsuri internet. Saudara tidak boleh melungsuri internet dengan kerap. Saudara harus melakukan aktiviti-aktiviti yang sehat seperti beriadah di taman dan sebagainya.

Itu sahajalah saranan saya untuk saudara. Semoga saudara dapat memilih kokurikulum yang sesuai untuk saudara dan dapat  membagi masa belajar saudara dari masa melungsuri internet. 

terima kasih

Sartini

Older Posts »

Theme: Banana Smoothie. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.